Ketangkasan penjaga gol, Ahmad Syihan Hazmi Mohamed bakal menjadi sandaran utama Negeri Sembilan FC (NSFC) dalam misi melakar kejayaan pada kempen Piala Malaysia musim ini.
Justeru, pertembungan dengan Kedah Darul Aman FC, pada aksi pembuka tirai saingan berprestij itu di Stadium Darul Aman malam esok, sekali lagi bakal menguji kemampuan pemain terbabit.
Meskipun, penjaga gol Harimau Malaya itu bolos dua gol pada aksi terakhir Liga Super ketika men3ntang Sri Pahang FC di Kuantan, namun kedudukan Ahmad Syihan dalam pasukan itu dilihat tidak tergugat.
Malah dia masih menjadi pilihan pengendali pasukan K Devan untuk mengawal gawang pasukan itu berdasarkan prestasi dan persembahannya sepanjang saingan liga musim ini.
Pengalaman berharga dalam saingan Liga Super selain bersama dengan skuad kebangsaan sebelum ini, banyak membantu saya dalam usaha untuk memantapkan lagi persembahan.
Saya berharap mendapat keyakinan baik dan berterusan sepanjang mengharungi saingan Piala Malaysia musim ini.
“Saya sedar cabaran besar menanti kami dalam saingan Piala Malaysia dan tugas berat untuk mempertahankan reputasi pasukan apabila diundi bertemu Kedah. Namun kami sudah bersedia untuk mengharunginya” katanya di sini, hari ini.
Menurut Ahmad Syihan, walaupun skuad Sang Kenari itu bukan asing kerana sama-sama bersaing dalam liga, namun rekod sebelum ini tidak boleh dijadikan ukuran untuk kami mendapatkan laluan mudah.
Katanya, dia dan rakan sepasukan tidak boleh memandang mudah kerana Kedah memiliki kekuatan tersendiri terutama di bahagian serangan.
“Saya perlu kekal fokus dan mempamerkan prestasi terbaik sepanjang tempoh permainan dengan memastikan gawang pasukan tidak bolos.
sumber:- BH
“Namun, saya yakin rakan-rakan terutama di bahagian pertahanan akan memberikan kerjasama yang baik untuk mempertahankan kubu pasukan terus kukuh daripada serangan pasukan lawan itu nanti,” katanya.