sukan

Juara Dunia pula tumbang awal

Selepas kekalahan pemain perseorangan negara, Lee Zii Jia seawal pusingan pertama Terbuka Perancis, sebentar tadi, kini nasib sama pula menimpa beregu utama negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik.

Aaron-Wooi Yik yang juga juara dunia itu terpaksa akur dengan kekalahan straight set kepada gandingan dari China, Liang Wei Keng-Wang Chang dalam tempoh 31 minit.

Ternyata kedudukan ke-37 dalam ranking dunia tidak menjadi penghalang buat Wei Keng-Wang Chang untuk menggungguli set pertama dengan kemenangan bergaya 21-13.

Sudah pasti Aaron-Wooi Yik cuba bangkit pada set kedua, namun setiap langkah yang diambil serba tidak kena dan akhirnya membuka laluan kepada lawan mereka untuk mengambil alih permainan dengan kemenangan 21-14.

Mengikut rekod, ini adalah kekalahan kedua buat Aaron-Wooi Yik kepada gandingan dari China itu selepas mengalami nasib sama ketika saingan suku akhir Masters Malaysia pada Jun lalu yang menyaksikan mereka tewas 21-16, 13-21, 17-21.

Sementara itu, beregu campuran negara, Goh Soon Huat-Lai Shevon Jemie turut berdepan kekecewaan apabila kemaraan mereka disekat oleh pasangan dari Indonesia, Rehan Naufal Kusharjanto-Lisa Ayu Kusumawati yang mencatat kemenangan 21-14, 21-10.

sumber:- HM

Selain itu, kemaraan beregu wanita negara yang kini menghuni tangga ke-26 dunia, Vivian Hoo-Lim Chiew Sien juga terhenti selepas dikecewakan oleh gandingan dari Scotland, Julie Macpherson-Ciara Torrance 6-21, 21-13, 21-18.