sukan

Kejutan Terbuka Perancis

Selepas mara sehingga ke final Terbuka Denmark minggu lalu dan naik ranking ke nombor dua dunia, Lee Zii Jia tidak bernasib baik apabila pulang awal pada saingan Terbuka Perancis, sebentar tadi.

Pemain profesional negara itu ditunjukkan jalan keluar seawal pusingan pertama selepas tewas 19-21, 18-21 dalam tempoh 44 minit di tangan pemain Indonesia, Shesar Hiren Rhustavito.

Ini menyaksikan Rhustavito yang menghuni ranking ke-24 dunia itu meraih kemenangan kelima ke atas ZIi Jia dalam sembilan pertemuan setakat ini.

Sebelum ini, Rhustavito menghadiahkan ‘kekecewaan’ hampir serupa apabila menyingkirkan Zii Jia pada pusingan kedua Terbuka Malaysia yang berlangsung Jun lalu.

Saingan sengit ditampilkan selepas dua pemain ini beberapa kali terikat mata pada babak pertama termasuklah 18-18, sebelum Zii Jia terpaksa akur tumbang set pertama menerusi keputusan 19-21.

Zii Jia bangkit dengan permainan lebih kemas pada set kedua yang menyaksikan dia berjaya mendahului 11-7 namun situasi itu tidak bertahan lama selepas Rhustavito terus ‘menekan’ Zii Jia apabila menghambat sehingga kedudukan 17-17.

sumber:- BH

Rhustavito tidak menoleh ke belakang dan memuktamadkan kemenangan ke atas Zii Jia dengan keputusan 21-18.