sukan

Pearly-Thinaah cemerlang di Paris

BEREGU wanita utama negara, Pearly Tan-M Thinaah mengejutkan juara bertahan Terbuka Malaysia, Apriyani Rahayu-Siti Fadia Silva Ramadhanti pada pusingan pertama Terbuka Perancis pada Selasa.

Pearly-Thinaah yang tampil dengan status bukan pilihan mengatasi pasangan pilihan ketujuh dari Indonesia itu, 22-20, 19-21, 21-7 dalam pertarungan tiga set selama 74 minit di Stade Pierre de Coubertin, Paris.

Pasangan nombor 11 dunia itu akan menentang satu lagi gandingan Indonesia, Febriana Dwipuji Kusuma-Amalia Cahaya Pratiwi, yang menewaskan Stine Kuespert-Emma Moszczynski dari Jerman, 18-21, 21-9, 21-13.

Pasangan beregu campuran, Tan Kian Meng-Lai Pei Jing turut mara ke pusingan kedua selepas menyingkirkan pemain China, Guo Xin Wa-Zhang Shu Xian, 8-21, 22-20, 24-22.

Tampil dengan status pilihan lapan, Kian Meng-Pei Jing akan men3ntang Yuki Kaneko-Misaki Matsutomo dari Jepun untuk satu slot ke suku akhir, yang sebelum itu menewaskan satu lagi pasangan negara, Chan Peng Soon-Cheah Yee See, 21-18, 21-17.

Kami mohon jasa baik anda untuk mengisi borang kaji selidik di atas untuk mendapatkan pendapat dan penilaian anda terhadap kandungan di Sinar Harian Online dengan hanya klik di poster di atas
Kami sangat menghargai penilaian dan masa anda.

sumber:- SH

Kaji Selidik ini akan membantu kami meningkatkan kualiti kandungan di Sinar Harian Online. Terima Kasih dan teruskan menjadi pembaca setia kami.