sukan

JDT menang bergaya ke atas PJ City

Johor Darul Ta’zim (JDT) dilihat sudah sebelah kaki ke suku akhir Piala Malaysia selepas memb3lasah PJ City FC 4-0 pada aksi pertama peringkat 16 pasukan di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), sebentar tadi.

Bekalan selesa itu pasti meletakkan skuad Harimau Selatan dalam keadaan terbaik menjelang aksi kedua di laman sendiri, Isnin depan sekali gus memaksa PJ City FC bekerja lebih keras bagi menghidupkan peluang ke suku akhir.

Belum pun sempat ‘panas’, pelawat berjaya memperoleh gol pembukaan seawal minit keempat selepas sepakan sudut yang diambil Arif Aiman Hanapi ditanduk Shahrul Saad untuk menewaskan Kalamullah Al Hafiz.

Masalah komunikasi nyaris menghadiahkan gol penyamaan buat PJ City FC pada minit kesembilan apabila Farizal Marlias tertampan bola hantaran Mahali Jasuli tertampan ke arah gol sendiri, mujurlah bola keluar untuk sepakan sudut.

Farizal bagaimanapun cemerlang menafikan situasi satu lawan satu Darren Lok pada minit ke-16 sebelum PJ City FC mampu menghela nafas lega apabila percubaan Syafiq Ahmad pada minit ke-22 hanya ‘mencium’ tiang.

Safawi Rasid melebarkan jurang apabila mel3dak gol kedua JDT menerusi satu lambungan untuk menewaskan Kalamullah buat kali kedua pada minit ke-38.

sumber:- BH

Bersambung babak kedua, Akhyar Rashid menambah gol ketiga pada minit ke-70 sebelum Fernando Foresteri melengkapkan malam bergaya JDT dengan gol keempat pada minit ke-78.