Ketiadaan ‘mesin gol’, Bergson da Silva tidak merencatkan ‘nafsu’ Johor Darul Ta’zim (JDT) selepas juara Liga Super itu mudah membelasah PJ City FC 4-0 pada aksi pertama peringkat 16 pasukan di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), malam tadi.
Shahrul Saad, Safawi Rasid, Akhyar Rashid dan Fernando Forestieri masing-masing mel3dak satu gol untuk meletakkan skuad Harimau Selatan kini sebelah kaki ke suku akhir menjelang aksi kedua di laman sendiri, Isnin ini.
Kemenangan ini membuktikan betapa mereka tidak sekadar mengharapkan Bergson untuk ‘menggoncang’ gawang pasukan lawan, malah pemain lain mampu menjalankan tanggungjawab seperti yang dimahukan.
JDT tidak bergantung kepada satu atau dua pemain sahaja. Kita bekerja secara kolektif di mana pemain sentiasa bekerja keras untuk menggerakkan bola dan memberikan hantaran yang baik supaya striker dapat menjaringkan gol.
Semua ini datang hasil usaha keras pemain, mentaliti, sentiasa menekan di garisan tinggi serta kompak dengan corak permainan kita.
“Kita melakukan penggiliran pemain kerana kita mengharungi banyak perlawanan pada musim ini. Kita memberikan peluang kepada pemain lain dan mereka memberikan persembahan yang baik,” kata pengendali JDT, Hector Bidoglio.
Mengulas pertembungan men3ntang skuad ‘The Phoenix’, jurulatih kelahiran Argentina itu mengakui jaringan awal yang diperoleh seawal minit keempat tampak melancarkan ‘perjalanan’ mereka pada aksi terbabit.
Ini bukan perlawanan yang mudah tetapi pemain menunjukkan persembahan yang baik dengan kita berjaya mendapatkan gol awal.
sumber:- BH
“Gol awal itu membolehkan kita sentiasa berada dalam kawalan dan dapat mengekalkan penguasaan bola,” katanya.