sukan

Komen K Devan setelah berjaya bawa pulang bekalan

Kemenangan 2-1 yang dicapai skuad Negeri Sembilan FC (NSFC) keatas Kedah Darul Aman FC (KDA FC) pada perlawanan pertama saingan Piala Malaysia semalam umpama satu ‘tonik’ berharga untuk pemain bagi menghadapi aksi pusingan kedua pada 1 Oktober depan.

Menurut pengendali skuad Hobin Jang Hobin, K Devan, beliau secara keseluruhannya memuji keupayaan yang ditunjukkan skuadnya walaupun berdepan cabaran sengit tuan rumah dan terpaksa beraksi dalam keadaan padang yang basah dan licin.

“Secara keseluruhannya, saya berpuas hati dengan keputusan, prestasi dan komitmen yang ditunjukkan pasukan saya pada perlawanan ini dan kemenangan pada perlawanan pertama ini akan memberi suntikan serta bekalan semangat kepada pasukan kami untuk menghadapi perlawanan pada aksi kedua di laman sendiri nanti.

“Saya berharap pemain dapat menggunakan kelebihan dengan semangat kemenangan ini untuk beraksi dengan sebaik mungkin untuk perlawanan kedua dan saya juga berharap pemain saya tidak akan melepaskan peluang ini di laman sendiri,” katanya.

Menyentuh mengenai perlawanan, Devan berkata walaupun Kedah berjaya mendahului kedudukan di awal babak pertama, skuadnya tidak mudah mengalah dan berjaya bangkit mengimbangi perlawanan dengan gol penyamaan di hujung babak pertama.

“Walaupun Kedah berjaya mendahului jaringan, kami banyak mencipta peluang di awal babak pertama dan kami berjaya menguasai permainan di hujung babak pertama dengan menjaringkan satu gol. Bila kami mendapat gol penyamaan itu, saya rasa ini satu turning point buat kami.

“Ini boleh dilihat apabila pemain masuk ke bilik persalinan dengan lebih bersemangat dan walaupun kami menerima serangan di awal babak kedua, kami tetap dapat bertahan dengan baik dan penuh disiplin sehingga akhirnya kami dapat menghasilkan gol kedua.

“Ini kali yang ketiga kami bertemu Kedah, dan masing-masing sudah tahu kekuatan kedua-dua pasukan dan kami ada perancangan tersendiri untuk mengawal ketat pemain lawan yang boleh menghasilkan gol kerana Kedah memiliki tiga pemain di bahagian atas yang boleh menghasilkan gol dan mereka bagus dari segi serangan balas,” katanya.

Tambah Devan lagi, walaupun skuad Jang memiliki peluang cerah untuk melangkah ke pusingan seterusnya, beliau tetap mahu pemainnya berwaspada dengan percaturan yang akan dilakukan Kedah untuk kembali bangkit pada perlawanan seterusnya.

“Saya rasa kami belum selesa dengan kelebihan kemenangan 2-1 pada malam ini kerana Kedah juga memiliki peluang untuk menjaringkan gol dan pastinya mahu bangkit pada aksi kedua nanti.

sumber:-HM

“Jadi mungkin kami dapat menurunkan kesebelasan yang lebih baik untuk menghadapi perlawanan kedua di Paroi nanti berbanding perlawanan ini yang mana Khuzaimi mengalami hamstring, kapten pasukan Nasrullah Haniff tidak dapat diturunkan kerana penggantungan dua kad dan juga kec3deraan membabitkan Gustavo,” katanya.