sukan

Punca kekalahan KDA FC

Pemangku jurulatih Kedah Darul Aman FC (KDA FC) Victor Andrag tetap memuji kesungguhan yang ditunjukkan pemainnya walaupun skuad Sang Kenari tewas 1-2 kepada Negeri Sembilan FC (NSFC) pada aksi pusingan pertama Piala Malaysia di Stadium Darul Aman semalam.

“Secara jujurnya kalau kita tengok perlawanan ini, iya, kita tewas, tapi kesungguhan pemain untuk membuktikan sesuatu kepada penyokong, pengurusan dengan memasukkan beberapa pemain muda menampakkan kesan.

“Saya tetap memuji usaha yang ditunjukkan pemain yang cuba memberi usaha maksimum mereka dan kita boleh nampak mereka begitu bersemangat sehingga wisel penamat tadi yang semua pemain cuba untuk membuat kebangkitan semula walaupun keadaan padang sebegini.

“Perubahan yang kita cuba lakukan pada perlawanan ini menampakkan sedikit hasil, cuma di ruang pertahanan kita tidak dapat mengubah keseluruhan keadaan kerana faktor masa yang singkat tambahan pengalaman yang ada pada pemain kita berbanding Negeri Sembilan membezakan tahap kedua-dua pasukan,” katanya.

Victor juga berkata masih menaruh harapan agar skuadnya terus memperbaiki setiap kelemahan untuk bangkit sedaya upaya serta menambahbaik segala kelemahan yang ada dan telah dilalui bagi menghadapi perlawanan seterusnya di pusingan kedua.

“Ini termasuk beberapa aspek seperti reaksi atau tindak balas yang cuba ditekankan kepada pemain dalam masa singkat sebelum ini seperti apabila hilang kawalan bola yang menyebabkan keadaan mengundang padah.

“Jadi kami membuat perubahan sedikit demi sedikit untuk mengatasi masalah ini dan khususnya buat pemain muda yang masuk menggalas tugas pada malam ini (semalam) menampakkan mereka boleh mencapai tahap yang lebih baik lagi di masa depan.

“Saya beri peluang kepada mereka kerana saya yakin dengan kebolehan mereka dan mereka boleh lakukan aksi lebih baik kalau mereka terus diberi peluang dan dalam tempoh singkat ini sedikit sebanyak apa yang kita lakukan ini nampak ada kesan dan hasilnya.

Tambah Victor lagi beliau akan mendapatkan penilaian penuh mengenai tahap kecergasan semua pemain sebelum Sang Kenari sekali lagi berdepan NSFC di Paroi untuk perlawanan kedua yang akan berlangsung pada 1 November depan.

“Untuk aksi seterusnya di Paroi selepas ini, saya perlu menilai keadaan semua pemain termasuk Ronald Ngah kerana beliau masih dalam kec3deraan dan juga Marc Vales juga sebenarnya tidak berada pada tahap seratus peratus kerana baru dua hari sahaja kembali menjalani latihan di padang selepas mendapat kec3deraan sewaktu menentang JDT lalu dan kita akan dapatkan maklumat penuh besok (hari ini) .

“Bukan senang apabila berhadapan dengan kekalahan berturut-turut buat pasukan, dan dipihak kami akan cuba beri motivasi yang terbaik kepada semua pemain supaya mereka dapat mengatasi keadaan ini dengan berkeyakinan.

sumber:-HM

“Saya berharap skuad kita dapat membuat satu percaturan yang baik untuk bangkit memberi saingan sengit di Paroi nanti kerana tidak semestinya kita kalah pada hari ini kita akan gagal pada perlawanan seterusnya,” katanya.