sukan

TFC ‘makan besar’ di Darul Makmur

Terengganu dan Kuala Lumpur (KL) City mencipta kemenangan selesa sebagai bekalan untuk perlawanan timbal balik pusingan 16 Piala Malaysia 2022, sebentar tadi.

Kemenangan itu secara tidak langsung melengkapkan tanpa kemenangan lapan pasukan tuan rumah dalam edisi yang menyaksikan peraturan gol mula di tempat dimansuhkan.

Tok Gajah rebah ketika mengharungi ‘derby’ Pantai Timur itu apabila menjadi mangsa amukan hatrik pemain import dari Liberia, Kpah Sherman.

Dua kesilapan di bahagian pertahanan yang gagal mematahkan serangan deras dalam tempoh kurang lima minit sebaik sepak mula memakan diri Sri Pahang apabila dihukum Sherman meledak jaringan pertama ketika permainan belum berusia seminit disusuli tolakan Nik Sharif Haseefy Lazim.

Skuad asuhan Nafuzi Zain itu perlu menyerap asakan tuan rumah ketika 10 minit menuju bilik persalinan yang menyaksikan Steven Rodriquez (minit ke-43.)

Begitupun, dua lagi kelekaan hampir sama merencatkan kebangkitan anak buah Dollah Salleh itu yang makin ketinggalan dengan jaringan bekas pemain, Faisal Halim — arkitek jaringan kedua — sebelum Sherman sekali lagi mencetak gol.

Selepas terpaksa bertahan seberapa seketika, tetapi Sherman melebarkan kedudukan buat finalis Piala FA 2022 itu dengan melengkapkan hatriknya dalam masa kec3deraan, sekali gus meletakkan Sri Pahang di laluan berliku, Selasa depan.

Satu lagi pertemuan Piala Malaysia pula mengesahkan status KL City sebagai pasukan pilihan untuk mara apabila membenam PDRM, 3-0.

Selepas melepaskan deretan peluang menarik, KL City perlu menanti hingga memasuki masa kec3deraan separuh masa pertama untuk membuka tirai perlawanan melalui Romel Morales.

sumber:-SA

Beberapa pertukaran memberi nafas baru dalam permainan Warga Kota untuk bertambah selesa dengan jaringan daripada ketua pasukan, Paulo Josue, dan Morales.