sukan

Kemunculan “Mickey” nyata mengejutkan

Pemain sayap Terengganu FC, Faisal Halim membuktikan dirinya serba boleh untuk bergelar pelawak selepas ini. Ia susulan kemunculan tonggak lincah itu dalam satu program televisyen Sepahtu Reunion Live Tour yang disiarkan secara langsung oleh siaran televisyen swasta malam tadi.

Faisal, 24, muncul selama hampir seminit dengan membawa watak pegawai perubatan. Pemain Harimau Malaya itu dilihat tenang melakonkan wataknya di samping pelawat terkenal tempatan Jep Sepahtu, Ebby Yus, Rahim Sepahtu dan Pak Ya.

Kemunculannya nyata mengejutkan penonton yang hadir dan tidak menyangka Faisal muncul ketika dia baru sahaja selesai membantu Terengganu FC dalam aksi Piala Malaysia menentang Sri Pahang, semalam.

Dalam aksi di Stadium Darul Makmur itu semalam, skuad kendalian Nafuzi Zain berjaya membawa bekalan selesa 5-1 untuk aksi timbal balik di Gong Badak, pada Selasa ini.

Sumber : BH

Malah, Faisal sendiri meledak satu gol untuk meletakkan Terengganu FC selangkah ke suku akhir.