sukan

Komen Hodak prestasi Morales

Sumbangan dua gol oleh Romel Morales nyata menggembirakan pengendali Kuala Lumpur City FC (KL City), Bojan Hodak selepas anak didiknya membawa bekalan selesa menjelang aksi timbal balik Piala Malaysia, Selasa ini.

Dalam aksi pertama menentang PDRM FC di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur Cheras semalam, KL City yang juga juara bertahan menang menerusi keputusan 3-0.

Jelas Hodak, beliau gembira dengan prestasi ditunjukkan Morales dan berharap peny3rang kelahiran Colombia itu terus meledak dalam aksi berikutannya.

“Saya gembira dengan Morales yang menjaringkan dua gol. Naluri seorang peny3rang sentiasa ingin menjaringkan gol dan saya harap ia dapat meningkatkan keyakinannya kembali di hadapan gawang,” katanya selepas berakhirnya aksi itu.

Pada aksi itu, Morales mel3dak dua gol pada minit ke-47 dan 82, sebelum Paulo Josue yang masuk sebagai pemain gantian mencetak nama di minit 67.

Kemenangan itu cukup penting buat KL City dan Hodak mahu pasukannya meningkatkan lagi aksi selepas ini.

“3-0 adalah keputusan yang baik dan kami tidak dibolosi. Barisan pertahanan beraksi dengan baik tetapi barisan hadapan perlu lebih tenang dan bermain dengan lebih mudah pada perlawanan akan datang.

sumber:-HM

“Beberapa pemain yang jarang diturunkan diberikan peluang bermain pada perlawanan ini. Seperti biasa ada yang nampak tidak selesa tetapi ia pasti akan berubah pada perlawanan selepas ini,” katanya yang membawa pasukan muncul naib juara Piala AFC selepas tewas kepada Al Seeb dari Oman di perlawanan akhir di Stadium Nasional Bukit Jalil, pada Sabtu lalu.