sukan

Komen Nafuzi kemenangan besar keatas Sri Pahang

Nafuzi Zain menganggap kemenangan besar 5-1 Terengganu FC (TFC)ke atas Sri Pahang FC pada perlawanan pertama pusingan awal Piala Malaysia di Stadium Darul Makmur, di sini malam tadi, sebagai hadiah hari jadi paling berharga.

Beliau gembira dan terharu dengan kemenangan itu sebagai bekalan apabila beraksi pada perlawanan timbal balik di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidinpada 1 November ini.

“Alhamdulillah, hari ini (semalam) kebetulan harijadi saya. Kemenangan dan hadiah yang berharga buat diri saya.

“Saya gembira dan terharu apabila pemain memberikan kemenangan buat pasukan. Terima kasih kepada semua pemain yang memastikan Terengganu mencatat kemenangan di tempat lawan,” katanya.

Pada perlawanan itu, peny3rang import TFC, Kpah Sherman muncul wira apabila melakukan hatrik pada minit pertama, 52 dan 90 manakala, masing-masing satu gol oleh Nik Shariff Haseefy Mohd Lazim minit ketiga dan Faisal Halim (m-49).

Gol tunggal Sri Pahang pula dijaringkan penyerang import, Steven Rodriguez pada minit ke-42. Namun, Nafuzi mahu anak buahnya dapat mengekalkan persembahan bertenaga dan mantap itu apabila melayan Sri Pahang pada perlawanan kedua nanti.

Katanya, ini kerana perlawanan masih lagi berbaki 90 minit dan momentum kemenangan diharap dapat diteruskan.

“Bekalan agak selesa buat Terengganu tetapi kami tidak boleh mengambil mudah pada perlawanan kedua nanti walaupun bermain di tempat sendiri,” katanya.

Pada masa sama, beliau memuji persembahan cemerlang yang dipersembahkan penjaga gol, Mohd Suhaimi Husin.

sumber:-HM

“Suhaimi agak luar biasa kerana banyak menyelamatkan percubaan daripada pemain tuan rumah, sekali gus membantu pasukan menang ke atas Sri Pahang,” katanya.