sukan

Pearly-Thinaah teruskan kemaraan ke suku akhir

Beregu wanita negara, Pearly Tan-M Thinaah mara ke peringkat suku akhir Terbuka Perancis selepas menundukkan gandingan dari Indonesia, Febriana Dwipuji Kusuma-Amalia Cahaya Pratiwi dalam aksi pusingan kedua, malam tadi.

Pada perlawanan yang berlangsung di Stade Pierre de Coubertin itu menyaksikan Pearly-Thinaah tidak berdepan masalah untuk mendominasi set pertama perlawanan dengan kemenangan 21-16.

Pearly-Thinaah berjaya mengekalkan corak permainan kemas pada set kedua untuk menang 21-14, sekali gus mel3burkan hasrat gandingan dari Indonesia yang kini berada di tangga ke-28 dunia itu mengheret ke set penentuan.

Bagaimanapun, tugasan berat berat menanti pemain negara di peringkat suku akhir apabila lawan mereka adalah wakil dari Jepun, Nami Matsuyama-Chiharu Shida yang diletakkan selaku pilihan ketiga kejohanan kali ini.

Beregu wanita Jepun yang menghuni ranking ketiga dunia itu mara selepas menwaskan gandingan Denmark, Alexandra Bøje-Amalie Magelund 21-18, 21-7.

sumber:- HM

Dari sudut lain, ini adalah peluang terbaik buat Pearly-Thinaah untuk menebus kekecewaan sewaktu Terbuka Denmark apabila perjalanan mereka terhenti setakat pusingan kedua.