sukan

Harapan ke Final terkandas

Impian skuad Akademi Bolasepak Negara Mokhtar Dahari (AMD) Panthers untuk melangkah ke pentas akhir Piala Supermokh 2022 tidak kesampaian selepas menduduki tangga kedua Kumpulan A di belakang pasukan NK Osijek.

Dalam perlawanan terakhir peringkat kumpulan, skuad kendalian Ekhsan Bukharee Badarul dipaksa bekerja keras sebelum menewaskan Fagiano Okayama 3-1 di padang dua AMD Gambang, hari ini.

Memulakan perlawanan pasukan AMD Panthers tidak menunggu lama menghasilkan gol apabila minit ke-8, penyerang lincah Izzuddin Afif Nazarudin menyudahkan peluang terhidang menewaskan penjaga gol pelawat, Katsuya Furuichi.

Kegagalan jentera s3rangan menyudahkan peluang terhidang membuatkan AMD Panthers hanya berpuas hati menamatkan saingan babak pertama dengan mendahului lawan 1-0.

Aksi kedua-dua pasukan pada babak kedua dilihat semakin rancak dengan pemain mengatur gerakan merbahaya dalam usaha menghasilkan jaringan bagi mengisi slot perlawanan akhir malam esok.

Detik manis sekali lagi milik AMD Panthers apabila gol kedua menerusi tandukan Muhammad Ashraf Hazeem Dsam pada minit ke-41 sebelum Fagiano Okayama mendapat gol tunggal pada minit ke-53 oleh Ota Hara namun Izzuddin Afif menjadikan kedudukan 3-1 menerusi jaringan minit ke-58.

Bagi Ekhsan Bukharee, banyak peluang menghasilkan gol dicipta namun tidak dapat disudahkan oleh jentera serangan yang telah berusaha sedaya upaya.

Saya memuji semangat dan kesungguhan dipamerkan barisan pemain AMD Panthers sepanjang kejohanan namun nasib tidak menyebelahi kita apabila gagal melangkah ke perlawanan akhir kerana perbezaan jaringan dengan pasukan NK Osijek.

“Pemain telah buktikan keupayaan mereka pada setiap perlawanan sehingga ke perlawanan terakhir hari ini, berhadapan dengan pasukan Fagiano Okayama yang memiliki kelebihan saiz badan dan ketinggian namun kita masih mampu mencatat kemenangan,” katanya.

sumber:- HM

Beliau menambah, gagal ke pentas akhir tidak bermakna AMD Panthers gagal, sebaliknya kejayaan memberi saingan kepada pasukan antarabangsa suatu yang membanggakan.