sukan

Teka – Teki yang masih belum terjawab

TEKA-TEKI venue yang akan menjadi gelanggang rasmi Harimau Malaya untuk saingan Piala AFF 2022 hujung tahun ini terus hangat diperkatakan dalam kalangan peminat bola sepak tempatan.

Ia selepas Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) masih belum memutuskan status rumah rasmi Harimau Malaya sama ada Stadium Nasional Bukit Jalil atau venue lain bakal digunakan bagi kejohanan dwi tahunan itu.

Bagi pemerhati sukan tanah air, Mohd Sadek Mustafa, beliau lebih gemar sekiranya Stadium Nasional digunakan memandangkan mampu memberikan jajaran selesa kepada para penyokong Harimau Malaya untuk ke venue pada hari perlawanan.

Pada saya Stadium Nasional Bukit Jalil masih stadium terbaik dan kondusif untuk saingan Piala AFF kepada para penyokong Harimau Malaya menyaksikan pasukan kesayangan mereka.

Bukanlah saya mahu menidakkan kemampuan dua lagi venue yang jadi pilihan (Stadium Sultan Ibrahim dan Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin), cumanya ia akan beri kesan kepada kehadiran penonton.

Sebab kalau kita lihat sekiranya perlawanan itu sekitar Lembah Klang ia bukan sahaja akan tarik penyokong setia pasukan kebangsaan, mungkin juga peminat dari kalangan negara-negara ASEAN.

sumber:- SH

“Situasi tersebut secara tidak langsung bukan sahaja akan meriahkan lagi perlawanan malah turut akan membantu kantung kewangan FAM itu sendiri,” katanya kepada Sukan Sinar pada Jumaat.