sukan

Wakil Malaysia sah ke Final

Pasukan Akademi Mokhtar Dahari (AMD) Panthers bawah 13 (B-13) menepati ramalan ke pentas final apabila berjaya menumpaskan Asiana Soccer School 2-1 pada aksi yang berlangsung di Padang 3, Akademi Bola Sepak Negara Mokhtar Dahari, hari ini.

Mohamad Iman Danish meletakkan AMD Panthers B-13 di depan seawal minit ke-12, sebelum Muhamad Asmadi menambah gol kedua pada minit ke-31 untuk mendahului Asiana Soccer School 2-0 pada separuh masa pertama.

Bersambung babak kedua, Asiana Soccer School berjaya memperoleh gol pertama mereka melalui pemain Mochamad Mierza Firjatullah minit ke-56. Namun, gol itu belum cukup untuk mengekang kemaraan AMD Panthers B-13 ke perlawanan akhir.

Ketua jurulatih AMD Panthers B-13, Abd Aziz Ismail nyata gembira dengan pencapaian yang dicatatkan oleh anak didiknya dan berharap agar kejuaraan Piala Supermokh Bawah -13 pada edisi ini menjadi milik mereka.

Malah, beliau turut memuji barisan pemainnya yang memberikan aksi terbaik sehingga melayakkam mereka ke perlawanan akhir esok.

Pertamanya saya ingin mengucapkan tahniah kepada semua pemain kerana kita mencapai kemenangan pada hari ini seterusnya layak ke peringkat akhir yang akan berlangsung pada esok hari.

“Semestinya, untuk mana-mana pasukan yang layak ke peringkat akhir ingin menjadi juara begitu juga kami. Pemain saya bermain dengan baik dalam semua empat perlawanan sebelum ini dan besarlah harapan saya agar kejuaraan menjadi milik kami untuk edisi kali ini,” katanya.

Satu lagi perlawanan separuh akhir menyaksikan Buriram United B-13 dari Thailand mara ke final selepas seri 3-3 berdepan PVF Academy namun mara melalui penentuan sepakan penalti 4-3.

sumber:- HM

Ia sekaligus menyaksikan AMD B-13 akan bertemu Buriran United B-13 di final esok.