Penyerang Manchester City, Erling Haaland tidak akan beraksi dalam Liga Juara-Juara berdepan Sevilla awal pagi Khamis depan sebagai langkah berjaga-jaga selepas pemain Norway itu tidak bermain ketika menang 1-0 dalam Liga Perdana di Leicester City kerana kec3deraan, kata pengurus, Pep Guardiola.
Haaland, yang sudah mengumpul 22 gol dalam semua kejohanan musim ini, digantikan pada babak kedua ketika City seri tanpa jaringan dalam Liga Juara-Juara berdepan Borussia Dortmund awal pagi Rabu lalu.
Guardiola berkata dia tidak akan mengambil risiko terhadap penyerang utamanya itu apabila mereka menanti kehadiran Sevilla pada saingan tertinggi bola sepak Eropah itu kerana sudah layak ke peringkat kalah mati.
“Saya tidak tahu,” kata Guardiola kepada BBC, apabila ditanya mengenai kemungkinan tarikh Haaland akan kembali.
sumber:-BH
“Dia tidak akan bermain menentang Sevilla, kerana kami sudah layak dan saya harap ketika berdepan Fulham (pada Sabtu) dia boleh membantu kami. Jika tidak, dia mungkin bermain berdepan Chelsea dalam Piala Carabao (pada 9 November).” – REUTERS