sukan

Kelebihan dua gol belom cukup selesa

Kelebihan dua gol dimiliki Selangor FC menjelang aksi timbal balik di halaman sendiri di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya pada Selasa ini, belum menjamin tempat buat Red Giants ke pusingan suku akhir.

Ingatan itu diluahkan pengendali Selangor FC, Tan Cheng Hoe yang mahu anak buahnya kekal fokus dan tidak memandang mudah tentangan Kelantan United nanti.

Katanya, kemenangan 2-0 di Kota Bharu pada aksi pertama Piala Malaysia tidak boleh dianggap selesa memandangkan lawan mampu bangkit dalam aksi kedua nanti.

“Saya tak nampak ia laluan mudah, kalau kita lihat dalam mana-mana kejohanan terutama peringkat kalah mati atau piala menggunakan format penyingkiran ini, memang kita boleh nampak pasukan yang berada di bawah boleh buat kejutan ke atas pasukan di atas.

“Tetapi saya beri ingatan dan pujian terbaik kepada pemain-pemain kerana situasi yang berbeza mereka begitu fokus dan juga inginkan kemenangan dan jaringan besar.

“Tetapi kerana dalam bola sepak, kita perlu sentiasa fokus setiap peluang di depan mata kita,” katanya yang enggan pemainnya terlalu mendabik dada menjelang aksi itu nanti.

Kata bekas pengendali skuad Harimau Malaya itu lagi, beliau mahu pemainnya sentiasa meningkatkan mutu permainan sambil memperbaiki kelemahan dengan mengurangkan kesilapan kecil.

“Rata-rata pemain kita masih lagi muda dan banyak lagi perlu pelajari terutama kesalahan individu yang boleh akibatkan dibolosi gol atau kesalahan yang kecil.

sumber:-HM

“Saya nak pemain-pemain bila terima tekanan masih lagi boleh kekalkan corak permainan kita terutama hantaran yang efektif untuk perlawanan seterusnya,” katanya.