sukan

Misi mustahil Sri Pahang

Sri Pahang FC yang dibelasah 1-5 oleh Terengganu FC (TFC) mahu menebus kekecewaan itu apabila sekali bertemu pada perlawanan kedua pusingan awal Piala Malaysia, Selasa ini.

Biarpun beraksi di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, skuad kendalian Datuk Dollah Salleh itu berazam bangkit.

Justeru, pemain pertahanan, Fandi Othman berkata, dia bersama rakan sepasukan perlu segera bangkit dengan mencari gol awal.

Gol awal itu untuk menebus kekecewaan kami pada perlawanan pertama sehingga melepaskan lima gol di tempat sendiri.

Walaupun di atas kertas nampak sukar buat kami tetapi saya yakin dalam bola sepak apa-apa boleh terjadi.

“Insya Allah berbaki 90 minit di Kuala Terengganu kami akan beri yang terbaik untuk tebus balik maruah pasukan,” katanya.

Pada perlawanan pertama, skuad Tok Gajah dikejutkan dengan kekalahan besar 1-5 termasuk melepaskan dua gol awal dalam tempoh tiga minit.

Dua gol itu ternyata memberi kesan terhadap persembahan pasukan walaupun berusaha untuk bangkit pada babak kedua.

Namun, segalanya serba tidak menjadi buat Sri Pahang hingga memberikan kelebihan buat skuad bimbingan Nafuzi Zain untuk melangkah ke suku akhir piala berprestij itu.

Justeru, anak buah Dollah perlu menambah bisa di bahagian s3rangan dan memperkasakan jentera pertahanan untuk mengelak daripada dibolosi.

sumber:- HM

Dengan berbaki 90 minit perlawanan, segalanya terserah kepada perancangan skuad Tok Gajah untuk melangkah lebih jauh atau terhenti awal pada saingan Piala Malaysia musim ini.