sukan

Terkini Pearly Tan-M. Thinaah muncul juara

Pasangan beregu wanita negara, Pearly Tan-M. Thinaah, merangkul gelaran sulung dalam saingan Terbuka Perancis selepas menundukkan bekas juara dunia dari Jepun, Nami Matsuyama-Chiharu Shida, sebentar tadi.

Perjalanan indah pasangan negara itu bermula dalam aksi suku akhir yang berlangsung di Stade Pierre de Coubertin, Paris menyaksikan pasangan di kedudukan ke-11 dunia itu mencipta sensasi apabila menundukkan pasangan di kedudukan ketiga dunia dari Jepun, Nami Matsuyama-Chiharu Shida 15-21, 21-14,21-14.

Mengatasi pasangan Korea Selatan, Baek Ha-na-Lee So-hee, dalam separuh akhir semalam sekaligus menjadikan Pearly-Thinaah beregu wanita negara melangkah ke final selepas Chin Ee Hui-Wong Pei Tty pada 2008.

Permulaan set pertama perlawanan kelihatan sengit apabila mereka saling mengutip mata sebelum wakil negara itu berjaya menjarakkan kedudukan mendahului 18-13.

Matsuyama-Shida berusaha untuk mengejar permainan, pengalaman juara dunia dua kali itu hampir mengejar permainan sebelum Pearly-Thinaah menoktahkan kemenangan set pertama 21-19.

Corak permainan yang sama dipamerkan oleh kedua-dua pasangan, namun pengalaman wakil Jepun itu berjaya membaca rentak permainan Pearly-Thinaah hingga berjaya mengikat kedudukan dengan kemenangan 21-18.

sumber:-SA

Beraksi dalam set penentuan, Pearly-Thinaah menemui ramuan untuk memperoleh mata berdepan wakil Jepun, cemerlang dalam setiap pukulan membenarkan mereka untuk menoktahkan kemenangan yang cukup bermakna 21-15.