sukan

Di sebalik kejayaan Pearly Tan-M Thinaah

Di sebalik pencapaian membanggakan dilakar gandingan, Pearly Tan-M Thinaah yang mencipta sejarah muncul beregu wanita pertama negara menjuarai saingan Terbuka Perancis, kelmarin, jasa dan pengorbanan pegawai Institut Sukan Negara (ISN) seharusnya tidak dilupakan.

Ini kerana merekalah antara watak penting bagi memastikan Pearly menerima rawatan pemulihan terbaik dalam tempoh singkat sehingga membolehkan dia beraksi dalam dua kejohanan di Eropah – Terbuka Denmark dan Terbuka Perancis.

Peluang pasangan negara itu untuk beraksi dalam kedua-dua kejohanan berkenaan pada awalnya tampak sukar susulan kec3deraan hamstring dialami Pearly ketika pusingan pertama Terbuka Jepun, September lalu.

Bagaimanapun, diagnosis awal daripada pihak ISN serta rawatan pemulihan berterusan memastikan Pearly-Thinaah dapat meneruskan penyertaan, sekali gus melakar sejarah menjadi beregu wanita negara pertama memenangi Terbuka Perancis sejak ia diperkenalkan pada 1908.

Kita rangka proses rehabilitasi dan perancangan untuk mereka kembali semula ke aksi kompetitif dengan pelan berstruktur, dan semua proses ini harus dilakukan berdasarkan bukti dan data.

“Saya memberikan pujian kepada pasukan perubatan kami yang bertungkus lumus memberikan rawatan intensif kepada Pearly untuk mencapai tahap kecergasan yang sepenuhnya sekali gus meraih kejayaan di Perancis,” kata Ketua Pegawai Eksekutif ISN, Ahmad Faedzal Ramli.

Antara pegawai yang terbabit dalam proses pemulihan Pearly termasuklah yang menjalankan ujian pengimejan resonan magnetik (MRI) ke atas pemain itu adalah pakar perubatan ISN, Dr Jazmiza Khuzairi.

sumber:- BH

Selain itu, seramai empat pegawai ISN bertanggungjawab memastikan tahap kecergasan Pearly dan kesemua pemain badminton negara berada di tahap tertinggi diketuai Jerry Gan (pegawai analisa prestasi sukan), Nor Efendi Yassin (pegawai fisioterapi sukan), Sebah Anak Kari (juru urut sukan), serta Shafiq Amran (pegawai suai fizikal).