sukan

Faisal Halim mula timbul minat

Pemain sayap Terengganu FC (TFC), Mohd Faisal Halim sedia mempertimbangkan tawaran untuk ‘terjun’ dalam dunia lakonan jika mempunyai masa lapang dan ditawarkan watak yang sesuai.

Namun tonggak skuad kebangsaan itu menegaskan keutamaannya adalah dalam sukan bola sepak yang diidamkan sejak di bangku sekolah rendah lagi.

“Karier sebagai pemain bola sepak tetap menjadi nombor satu, tapi jika ada tawaran lagi selepas ini dan saya pula ada masa lapang, mungkin saya boleh pertimbangkan (berlakon),” katanya.

Pemain yang kini menjadi rebutan lima pasukan Liga Super itu berkata demikian ketika ditemui selepas Majlis Suntikan Semangat Sempena 10 Tahun Penajaan Kopi Super Jantan di Padang C, Kompleks Sukan Negeri Terengganu (KSNT), di Gong Badak, petang kelmarin.

Jumaat lalu, pemain berusia 24 tahun kelahiran Mengkuang Titi, Pulau Pinang itu membuat kemunculan khas dalam sitkom popular, Sepahtu Reunion yang disiarkan secara langsung di Stadium Tertutup, KSNT.

Katanya, dia begitu teruja dan sukar untuk menggambarkan pengalaman selepas kemunculan kali pertama bersama ‘otai’ dalam industri hiburan di hadapan ribuan peminat setia sitkom itu.

“Penampilan dalam sitkom popular ini memberi pengalaman baharu kepada saya selaku pemain bola sepak profesional. Tapi sebenarnya ianya secara kebetulan kerana saya bercuti pada hari berkenaan selepas perlawanan dengan Sri Pahang FC, jadi saya terima tawaran itu, lagipun sudah ada perbincangan awal sebelum ini.

“Jadi saya anggap ianya rezeki kerana dapat berlakon bersama insan hebat dalam industri lakonan iaitu abang Jep Sepahtu dan abg Ebby Yus.

sumber:-HM

“Sebenarnya saya tetap gementar walaupun sudah diberikan skrip, namun situasi berubah selepas melihat abang Jep dan abang Ebby mungkin menahan gelak melihat watak saya sebagai jururawat, saya juga terpaksa menahan gelak, namun bersyukur lakonan berjalan lancar,” katanya.