sukan

Komen Thinaah setelah lakar sejarah

Beregu wanita utama negara, Pearly Tan dan M Thinaah bagaikan hilang kata-kata apabila mereka mencipta sejarah merangkul kejuaraan Terbuka Perancis, kelamarin, iaitu kejohanan yang diperkenalkan sejak 1908.

Selepas seorang demi seorang pemain badminton lelaki mencipta nama di kejohanan itu, kali ini tiba giliran Pearly-Thinaah pula memahat sejarah selepas muncul juara edisi 2022 dengan mengalahkan pasangan Jepun, Mayu Matsumoto-Wakana Nagahara 21-19, 18-21, 21-15.

“Tiada perkataan dapat menggambarkan kegembiraan kami. Hanya terlalu gembira dan bersyukur dengan segala-galanya,” kata Thinaah ketika dihubungi Arena Metro, awal pagi hari ini.

Jika ada anugerah pemain badminton negara paling konsisten tahun ini, ia layak diberikan kepada pasangan nombor 11 dunia itu.

Walaupun bermula dengan aksi tahun ini dengan berita kurang menyenangkan selepas Thinaah terpaksa menarik diri daripada beraksi di Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) di Shah Alam, mereka selepas itu bangkit mendadak.

Bunga-bunga kebangkitan itu hadir selepas Pearly-Thinaah berjaya mara ke separuh akhir Terbuka Thailand, Masters Indonesia, Masters Malaysia sebelum meraih pingat emas di Sukan Komanwel Birmingham 2022.

Di Terbuka Perancis, selepas menumbangkan pasangan nombor tiga dunia, Nami Matsuyama-Chiharu Shida (di suku akhir) buat buat kali pertama selepas tujuh pertemuan, ia sebenarnya satu petanda bahawa halangan paling besar sudah berjaya dirobohkan dan hanya perlu kekal tenang serta konsisten sahaja.

Ternyata itu dilakukan Pearly-Thinaah apabila merangkul kejuaraan pertama berstatus Super 750 selepas kali terakhir meraih trofi Terbuka Switzerland tahun lalu (Super 300).

Tempat kegemaran saya sekarang ialah Paris. Akhirnya saya kembali ke gelanggang. Bulan lalu saya tidak dapat berdiri di dalam gelanggang (Terbuka Jepun). Ia membuatkan saya membuak-buak untuk kembali ke gelanggang.

Sekarang saya faham, selepas kehilangan sesuatu, ada lagi lebih berharga menanti anda. Jadi jangan menyerah kalah dan akan ada pelangi selepas hujan. Hanya ingat apa yang berlaku adalah bersebab.

Tidak dapat digambarkan dengan kata-kata betapa bersyukurnya saya atas sokongan yang tidak terhingga daripada anda semua dan sudah tentu ucapan terima kasih tidak terhingga kepada kakitangan sokongan jurulatih, rakan sepasukan , ahli keluarga dan rakan saya yang membantu dan menyokong saya melalui masa susah.

sumber:- HM

Terima kasih semua, akhir sekali, terima kasih kepada pasangan saya kerana sentiasa mempercayai dan berada di sisi saya dan memberi semangat ketika saya c3dera, kata Pearly.