sukan

Reaksi TMJ bakal menerima kunjungan Borussia Dortmund

Kelab bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) berbesar hati apabila gergasi bola sepak Bundesliga, Borussia Dortmund itu mengesahkan akan mengadakan perlawanan persahabatan di Stadium Sultan Ibrahim, 28 November ini.

Kali terakhir kelab dari Jerman berkenaan mengadakan aksi persahabatan pada 2015 di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin dan kehadiran semula pasukan yang dibimbing Edin Terzić itu sempena program Jelajah Asia BVB 2022.

Kami berbangga dan mengalu-alukan kehadiran Borussia Dortmund untuk perlawanan persahabatan kelab antarabangsa bertemu JDT pada aksi di Stadium Sultan Ibrahim.

JDT dan gergasi Jerman ini sudah mempunyai kerjasama yang baik sejak kerjasama akademi dan perlawanan persahabatan yang diadakan di Stadium Larkin pada tahun 2015.

“Ia adalah satu kebanggaan untuk menerima kunjungan semula pasukan yang memiliki reputasi tinggi seperti Borussia Dortmund dan kali ini beraksi di stadium baharu kami,” kata pemilik JDT Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim,

Sementara itu, Pengarah Hubungan Antarabangsa dan Komersil Borussia Dortmunf, Benedikt Scholz, berkata, beliau teruja dan gembira apabila akan kembali semula ke Johor Bahru untuk aksi persahabatan antarabangsa men3ntang JDT.

“Pasukan kami tidak sabar untuk bermain di Stadium Sultan Ibrahim yang serba canggih dan bertemu dengan peminat dan penyokong kami di Malaysia sekali lagi,” katanya.

Bagi Pengarah Urusan Borussia Dortmund Asia Pasifik, Dr L Suresh menegaskan kelab berkenaan amat menghargai jalinan kerjasama dengan JDT dan Tunku Ismail yang memainkan peranan penting dalam kerjasama itu.

sumber:- BH

“Atas sebab itu kami berbesar hati kerana dapat melangsungkan perlawanan ini sebagai sebahagian daripada Jelajah Asia pada tahun ini,” kata Suresh.