Luqman Hakim bermain dalam kesebelasan utama sekali lagi mel3dak gol bersama skuad KV Kortrijk U21 kali ini dalam perlawanan Derby men3ntang Zulte Waregem pada saingan peringkat kumpulan piala Belgium di laman sendiri awal pagi Selasa, 3 pagi waktu Malaysia.
Luqman menjaringkan gol pembukaan yang juga gol awal untuk skuad U21 bimbingan coach Kurt Berton selepas 5 minit permainan berlangsung hasil assist dari Benoit Olivier. Luqman juga melakukan assist untuk gol kedua yang dijaringkan oleh pemain berdarah campuran Belgium-Italy iatu Luca Foubert.
Luqman bermain 71 minit dalam perlawanan ini sebelum Ilan Hurtevent masuk menggantikan Luqman selepas coach mahukan tenaga baru diatas padang.
Terdahulu pada 16 September lalu, Luqman turut menjaringkan 1 gol untuk skuad U21 dalam perlawanan U21 Pro League bertemu RE Virton dengan kemenangan memihak kepada KVK 1-2 .