Hanya satu pasangan beregu campuran dan satu perseorangan lelaki dari Persatuan Badminton Malaysia (BAM) membawa cabaran negara di Terbuka Hylo, Jerman, selepas pemain utama lain disahkan menarik diri.
Ia termasuk gandingan Goh Sze Fei- Nur Izzuddin Rumsani dan juara Terbuka Perancis, Pearly Tan-M Thinaah.
Menurut Pengarah Kejurulatihan Beregu BAM, Rexy Mainaky berkata, penarikan diri beberapa pemain negara di bawah naungan BAM itu dibuat berdasarkan alasan kukuh.
Tarik diri dari kejohanan ini, ada disebabkan ‘reward’ (ganjaran) dan ada juga ‘punishment’ (hukuman), tengok prestasi sebab apa? Seperti Pearly-Thinaah, penarikan diri dari Terbuka Hylo dikira sebagai reward atas kejayaan muncul juara di Terbuka Perancis, selain turut layak ke Jelajah Akkhir Dunia di Guangzhou, Disember ini.
Kalau Sze Fei-Izzudin pula, kita sasarkan mereka untuk layak ke Jelajah Akhir Dunia, tapi mereka kandas di pusingan pertama Terbuka Denmark dan kita beri peluang lagi di Terbuka Perancis, tewas pula di pusingan kedua.
“Jadi, saya sudah dapatkan maklum balas daripada jurulatih mengiringi pemain ke Eropah, bincang dan Tan Bin Shen sahkan prestasi mereka kurang baik,” kata Rexy.
Ujar Rexy, pihaknya tidak mahu pemain memperoleh mata ranking hanya kerana menyertai banyak kejohanan, sebaliknya mahukan kualiti menyertai kejohanan dengan pencapaian, terutama pemain dalam skuad senior.
Di Terbuka Denmark, Sze Fei-Izzudin tewas di pusingan pertama kepada gandingan Taiwan, Lee Yang-Lu Chen 18-21, 14-21.
Di Terbuka Perancis pula, mereka tewas di pusingan kedua kepada beregu Indonesia, Muhammad Shohibul Fikri-Bagas Maulana 18-21, 21-19, 17-21.
Pearly yang mengalami kecederaan di Terbuka Jepun, menyertai kejohanan pertama sebaik pulih di Terbuka Denmark sebelum tewas kepada gandingan nombor satu dunia dari China, Chen Qin Chen-Jia Yi Fan, di pusingan kedua.
sumber:- HM
Pearly-Thinaah kemudian muncul juara di Terbuka Perancis Ahad lalu, dengan menewaskan gandingan Jepun, Mayu Matsumoto-Wakana Nagahara 21-19, 18-21, 21-15.