sukan

Shahrul Nizam akui begitu kecewa

Pertahanan tengah Terengganu FC (TFC), Mohamad Shahrul Nizam Ros Hasni akui begitu kecewa kerana terpaksa menjadi penonton apabila pasukannya dijadualkan men3ntang Kuala Lumpur City FC (KL City FC) pada aksi suku akhir pertama saingan Piala Malaysia di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, Cheras Ahad ini.

Jelas pemain kelahiran Bachok, Kelantan yang lebih mesra dipanggil ‘Nijey’ itu, menjadi impiannya untuk beraksi menentang skuad The City Boys lebih-lebih lagi pasti lawan lebih berbisa beraksi di tempat mereka, namun dia terpaksa akur dengan ketentuan.

Bagaimanapun, pemain berusia 24 tahun itu yang digelar ‘kereta kebal’ yakin dan percaya dengan kemampuan rakan sepasukannya yang bakal memikul tugasan berkenaan.

Selain itu bekas pelatih skuad kebangsaan itu juga percaya dengan perancangan ketua jurulatih, Nafuzi Zain yang bijak mengatur strategi lebih-lebih lagi jurulatih kelahiran Kelantan itu sudah mengenali corak permainan anak buahnya.

Sejujurnya saya begitu kecewa kerana tidak dapat beraksi membantu pasukan dalam perlawanan penting men3ntang KL City FC Ahad ini selepas menerima kad merah.

Tapi saya harus belajar daripada kesilapan, lagipun semua pemain dan pengawai memberikan kata-kata semangat supaya saya dapat lupakan perkara yang berlaku itu, begitu juga peminat yang tetap memberikan semangat kepada saya bagaikan sebuah keluarga.

“Namun saya percaya, walaupun tanpa kehadiran saya, pemain yang bakal menggalas tugasan getir itu mampu beraksi dengan baik lebih-lebih lagi selepas beberapa tahun bersama dalam pasukan,” katanya yang akui tidak menduga menerima kad merah.

Selasa lalu, pemain yang kerap bergandingan dengan pertahanan import, Pape Diakite dilayangkan kad merah oleh pengadil, Tuan Mohd Yassin Tuan Mohd Hanafiah selepas mengasari penyerang Sri Pahang FC, Steven Rodriguez pada aksi kedua pusingan 16 di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin.

Mengenai keprihatinanya menutup kepala adik pengiring dengan jersi yang dipakainya ketika nyanyian lagu Negaraku pada aksi kedua pusingan 16 menentang Sri Pahang FC di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Selasa lalu, Shahrul Nizam akui dia bimbang adik berkenaan demam kerana ketika itu hujan.

Terkejut juga selepas mendapat tahu tindakan saya itu turut mendapat pujian daripada peminat sehingga tular dalam media sosial, tapi niat saya hanya untuk kesihatan adik berkenaan.

Ketika nyanyi lagu Negaraku, hujan agak lebat, jadi saya kesian dan bimbang adik itu demam jika kena hujan, jadi secara spontan saya tutup kepalanya dengan baju saya pakai untuk elakkan d3mam.

sumber:- HM

“Perkara ini biasa sahaja, tapi saya terharu dengan pujian peminat setia yang memberikan kata-kata semangat walaupun saya terpaksa meninggalkan padang pada penghujung babak pertama kerana menerima kad merah,” katanya yang mengharapkan rakan sepasukannya mampu membawa bekalan sebelum aksi timbal balik di tempat sendiri pada 12 November.