sukan

Komen Bojan Hodak mengenai TFC

Pengendali Kuala Lumpur City FC (KL City), Bojan Hodak nyata bersikap merendah diri menjelang aksi suku akhir pertama Piala Malaysia men3ntang Terengganu FC di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur Cheras, malam esok.

Katanya, skuad Penyu adalah antara dua pasukan terkuat selepas Johor Darul Ta’zim (JDT) dalam saingan Liga Malaysia musim ini.

Jelasnya, laluan sukar bakal dilalui anak buahnya namun beliau yang berjaya membimbing KL City hingga mara ke final Piala AFC sebelum kecundang di tangan kelab Oman, Al Seeb berjanji akan cuba mencari keputusan positif.

Terengganu dan JDT adalah dua pasukan yang terbaik di Malaysia ketika ini. Jadi ia akan jadi aksi yang sengit tapi kita akan turun beri tentangan, katanya.

Skuad The City Boys adalah juara bertahan Piala Malaysia selepas memenanginya musim lalu dengan menewskan JDT di pentas final menerusi kemenangan 2-0.

Namun begitu, Terengganu yang dibimbing Nafuzi Zain nyata sedang berada di puncak prestasi apabila mara ke final Piala FA musim ini, selain menamatkan kempen Liga Super di tangga kedua.

Malah, kemenangan besar dengan agregat 9-3 ke atas Sri Pahang di pusingan 16 terbaik Piala Malaysia sebelum ini, meletakkan mereka sebagai pasukan pilihan berbanding KL City.

Ditanya kepada Hodak adakah dirinya bimbang menjelang aksi suku akhir itu, beliau menegaskan tidak dan sedia berdepan jaguh Pantai Timur itu.

“Kami sentiasa sedia untuk berdepan Terengganu dan tiada pilihan,” katanya.

sumber:- HM

Terdahulu KL City mengenepikan PDRM FC dengan agregat 4-0 di pusingan awal untuk menempah tiket ke suku akhir.