sukan

Usah jadikan modal

Rekod dua kemenangan terdahulu menumpaskan juara bertahan, Kuala Lumpur City FC (KL City FC) dalam saingan Liga Super musim ini tidak boleh dijadikan ukuran kerana aura saingan Piala Malaysia adalah berbeza.

Demikian tegas pengendali Terengganu FC (TFC), Nafuzi Zain kepada pemainnya agar tidak menjadikan kemenangan terdahulu sebagai modal untuk menumpaskan skuad The City Boys itu pada aksi suku akhir pertama Piala Malaysia di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, Cheras malam esok.

Sebaliknya jurulatih kelahiran Kelantan berusia 44 tahun itu menuntut anak buahnya sentiasa fokus dan tidak leka sepanjang 90 minit kerana lawan sudah pasti mahu membalas dendam atas kekalahan lalu.

Rekod kemenangan lalu juga tidak boleh dijadikan ukuran kerana saingan trofi berprestij ini adalah berbeza, tambahan pula beraksi di gelanggang mereka.

“Jadi saya harapkan pemain perlu fokus dan bersedia sepanjang 90 minit bagi memastikan pasukan berjaya membawa bekalan sebelum bertemu sekali lagi di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin pada 12 November ini,” katanya yang turut mengharapkan peminat setia hadir memberikan sokongan padu kepada pemain.

Ketika ditanya mengenai pemain yang bakal mengisi tempat pertahanan tengah, Mohamad Shahrul Nizam Ros Hasni yang tidak dapat diturunkan kerana digantung satu perlawanan selepas menerima kad merah ketika men3ntang Sri Pahang FC minggu lalu, Nafuzi berkata beliau sedang mencuba beberapa pemain.

Ketiadaan Shahrul Nizam tidak begitu menggusarkan saya kerana pengganti tidak kurang hebatnya.

“Jadi saya akan menilai beberapa pemain sebelum menyenaraikan mereka bagi mengisi posisi bek tengah bersama Pape Diakite, apa yang pasti tidak banyak perubahan dan rombakan pemain,” katanya.

sumber:- HM

Selain bekas pemain Johor Darul Ta’zim (JDT), Muhammad Adib Zainuddin, TFC mempunyai beberapa lagi pemain yang boleh menggalas tugasan berkenaan termasuk Muhamad Hafizal Alias dan pertahanan import TFC II, Argzim Redzovic.