Meskipun menumpaskan Kelantan 3-0, jurulatih Johor Darul Ta’zim (JDT), Hector Bidoglio belum berpuas hati.
Katanya, beliau sudah menjangka perlawanan men3ntang skuad kendalian Rezal Zambery Yahya adalah sukar kerana pemain berdepan dengan pasukan agresif dan baik.
“Tugas kita belum selesai, kerana ada perlawanan timbal balik. “Kita akan berlatih bersungguh-sungguh dalam tempoh pemulihan dan ada beberapa hari untuk persiapan perlawanan seterusnya,” katanya.
Bidoglio, bekas pemain antarabangsa Venezuela itu, berkata beliau juga akan menilai pemain lain selepas pasukannya kehilangan pemain tengah, Afiq Fazail yang menerima kad merah pada perlawanan malam tadi
“Kita tak gusar, JDT punya ramai pemain berkualiti, saya akan lihat siapa yang sesuai, yang boleh memberikan persembahan terbaik,” katanya.
Sementara itu, Pengendali Kelantan FC, Rezal Zambery Yahya mengakui sedikit kecewa dengan anak buahnya.
Namun, katanya, mereka harus mengakui kehebatan kualiti pemain JDT yang datang dengan mentaliti mahu menang.
“Pemain terlalu cepat hilang bola, jadi JDT menguasai, apapun kita akan perbaiki kesilapan.
“Kehilangan Fazrul Amir Zaman juga terlalu awal, bagi saya hanya dia dan Jasmir (Mehat) yang boleh buat sesuatu, namun bila dia keluar awal (akibat kecederaan), kita terpaksa main banyak bertahan,” katanya.
Rezal turut mempertahankan tindakannya mengeluarkan Kenta Hara yang dilihat tidak memberi sumbangan kepada pasukan dan banyak mengelakkan tuan rumah bolos lebih banyak gol.
“Kita ada peluang-peluang cipta gol, tapi pemain terlalu gopoh lakukan serangan, bila hantaran tak tepat, itulah kita nampak tak ada ketenangan,” katanya.
sumber:- HM
Skuad kijang harus memikul tugas berat dalam aksi timbal balik ke atas harimau selatan di Stadium Sultan Ibrahim, Jumaat ini pada suku akhir kedua saingan Piala Malaysia bagi merebut tiket ke separuh akhir.