sukan

Sabah masih belum selamat

Sabah FC masih belum boleh selesa selepas hanya membawa bekalan satu gol sebelum mengharungi aksi suku akhir kedua Piala Malaysia berdepan Kuching City FC (KCFC) di Stadium Likas, Jumaat ini.

Peringatan itu dilontarkan pengendalinya, Datuk Ong Kim Swee yang menegaskan slot separuh akhir masih belum berada kukuh dalam genggaman sekali gus menuntut anak buahnya supaya kekal fokus dalam memburu slot ke separuh akhir.

“KCFC menunjukkan satu prestasi yang baik terutamanya selepas ketinggalan. Ini satu keputusan yang positif tetapi ini bukan bermakna kita sudah layak (ke separuh akhir).

“Kita masih ada pusingan kedua dan ia bukan mudah walaupun kita akan beraksi di tempat sendiri,” kata Kim Swee.

Terdahulu, jaringan tunggal pemain tengah, Baddrol Bakhtiar membantu skuad Badak meraih kemenangan tipis 1-0 ke atas pasukan Liga Perdana itu malam tadi yang jelas menjadi pemisah paling ketara buat kedua dua pasukan terbabit.

Keputusan ini membolehkan anak buah Kim Swee memiliki sedikit kelebihan apabila hanya perlu mengelak daripada tewas pada aksi kedua nanti sekiranya mahu melangkah ke pusingan seterusnya.

Sementara itu, pengendali ‘The Cats’. Irfan Bakti Abu Salim tetap optimis dengan peluang anak buahnya dalam melakar kejutan dan mahu barisan pemainnya bangkit dengan aksi lebih baik bagi menghidupkan peluang ke separuh akhir.

“Walaupun tewas 1-0 dengan pasukan nombor tiga Liga Super, pemain sudah memberikan sumbangan yang terbaik. Kita juga mencipta beberapa peluang tetapi ia tidak dapat disudahkan.

sumber:-HM

“Kita ada 90 minit lagi di Likas dan saya yakin kudrat pemain yang bermain bersungguh-sungguh. Kita perlu kurangkan kesilapan dan kita boleh dapatkan gol di sana nanti,” katanya.