sukan

Terlalu istimewa untuk Ghaddar

Bekas striker import s3nsasi, Mohamad Ghaddar tetap menganggap trofi Piala Malaysia sentiasa memberi 1,001 makna kepadanya ketika menjulangnya pada musim 2012 dan 2017.

Meskipun berdepan detik malang dalam dua musim itu, ia tetap memberi kenangan bermakna kepada pemain kelahiran Lubnan itu yang tidak pernah melupakan detik manis terbabit.

Ini kerana, Ghaddar tidak dapat beraksi di pentas final Piala Malaysia 2012 kerana digantung perlawanan dan sekadar menyaksikan pertembungan antara Kelantan dan ATM sebagai penonton.

Manakala dia hanya memanaskan bangku simpanan ketika bersama Johor Darul Ta’zim (JDT) menentang Kedah di Stadium Shah Alam pada musim 2017.

Apapun, Ghaddar tetap menyifatkan kejayaan memenangi kejohanan tertua di Asia Tenggara ini memberikan elemen yang berbeza kepada dirinya meskipun tidak berkesempatan mempertaruhkan aksi di pentas final.

Saya tidak tahu apa-apa mengenai negara ini dan liga bola sepak di sini pada musim pertama berada di Malaysia.

Sehinggalah jurulatih Bojan Hodak banyak membantu ketika itu, beliau katakan saya pemain yang bagus dan kita semua memenangi semua trofi dalam semusim untuk meraih treble.

Saya hanya menonton siaran langsung di televisyen di Lubnan pada final 2012. Memang rasa lain apabila hanya menyaksikan rakan sepasukan lain beraksi di atas padang.

sumber:- BH

“Cuma pada final 2017, saya dapat merasakan aura di Stadium Shah Alam yang dipenuhi penyokong. Saya tetap gembira apabila kami menjulang trofi walaupun tidak bermain,” katanya.