‘Malang berganda’ buat Negeri Sembilan FC (NSFC) selepas kad merah dan sepakan penalti pada babak kedua menjadi titik tolak kekalahan 2-0 di tangan Selangor FC (SFC) pada aksi suku akhir pertama Piala Malaysia malam tadi,
Pengendali NSFC, K Devan menegaskan anak buahnya beraksi dengan lebih baik pada babak kedua namun situasi itu ‘membVnuh’ momentum sekali gus memaksa mereka akur dengan kekalahan terbabit.
Kita bergelut pada babak pertama apabila tidak dapat mengawal permainan dan kurang agresif. Kita juga memberi banyak ruang kepada pemain SFC.
Kita bermula dengan baik selepas rehat sehinggalah kita memberikan penalti dan menerima kad merah. Pemain tetap menunjukkan aksi yang terpuji dengan 10 pemain.
“Mungkin kerana keletihan, kita dibolosi pada saat akhir. Secara keseluruhan, SFC layak menang pada malam ini dan mungkin boleh menang lebih besar jika menyudahkan peluang dimiliki,” kata Devan.
Terdahulu, ‘The Red Giants’ membawa bekalan dua gol menuju aksi suku akhir kedua di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Sabtu ini menerusi kemenangan 2-0.
Gol daripada Herlison Caion dan Aliff Haiqal pada babak kedua itu meletakkan SFC berada pada landasan tepat untuk mengukuhkan tempat bagi slot ke separuh akhir.
Sementara itu, pengendali skuad Merah Kuning, Tan Cheng Hoe berpuas hati dengan prestasi anak buahnya sekalipun gagal menyudahkan beberapa peluang keemasan untuk meraih kemenangan lebih meyakinkan.
Pemain menunjukkan komitmen terbaik pada malam ini (kelmarin) walaupun terlepas beberapa peluang.
SUMBER:- BH
“Kita faham ramai pemain muda dan kita harus tingkatkan lagi prestasi untuk aksi kedua di Paroi nanti,” katanya.