sukan

Real Madrid akhirnya kencundang

Real Madrid kalah buat kali pertama dalam La Liga musim ini apabila tewas 3-2 berdepan pencabar dari bandar yang sama, Rayo Vallecano hari ini yang membolehkan Barcelona kini berkelebihan dua mata di persada.

Rayo mendahului sebelum Real kembali di depan dengan kedudukan 2-1. Rayo menyamakan kedudukan sebelum tamat babak pertama dan mengesahkan kemenangan hasil penalti diambil Oscar Trejo pada minit ke-67.

Selepas 13 perlawanan, Barcelona kini teratas dengan 34 mata berbanding 32 buat Real Madrid.

Bermain tanpa pemenang Ballon d’Or yang cedera, Karim Benzema, Real Madrid berdepan lawan yang sukar di stadium dekat Vallecas.

Santiago Comesana meletakkan tuan rumah di depan selepas hanya lima minit sebelum dua gol dalam tempoh empat minit menukar keadaan buat Madrid.

Luca Modric menyamakan kedudukan menerusi penalti pada minit ke-37 sebelum gol Eder Militao meletakkan skuad kendalian Carlo Ancelotti kembali di depan.

Ia bagaimanapun belum berakhir apabila Rayo mennyamakan kedudukan sebelum rehat menerusi Alvaro Garcia.

Dalam pertembungan panas itu, penjaga gol Real, Thibaut Courtois menyelamatkan penalti Trejo pada minit ke-67 tetapi dipersalahkan kerana keluar lebih awal.

Trejo kemudiannya mengawal rasa gementar untuk menyempurnakan kembali sepakan itu.

sumber:-HM

“Kami tewas kerana gagal menang pertarungan individu dan kami terlepas peluang yang biasanya kami sempurnakan,” kata Ancelotti. – AFP