sukan

Bergson sebaris dengan bintang Eropah

Striker s3nsasi Johor Darul Ta’zim (JDT) Bergson Da Silva terus ‘mendonia’ apabila dia diletakkan sebaris dengan bintang Eropah yang lain oleh media Brazil baru-baru ini.

Menerusi kenyataan di Johor Southern Tig3rs memaklumkan bahawa portal ‘ge’ dari Brazil yang diikuti secara meluas melaporkan jaringan dilakukan Bergson untuk musim 2022 sebagai antara lima terbanyak dunia.

Bergson menjaringkan 41 gol pada musim 2022. Beliau dinamakan sebaris Kylian Mbappe, Erling Haaland, German Cano dan Robert Lewandowski sebagai pemain dengan gol terbanyak pada musim 2022.

@Portal ‘ge’ bukanlah ‘biasa-biasa’ kerana mempunyai tiga juta pengikut di Instagram (@ge.globo), 6.1 juta di Twitter (@geglobo) dan 8.6 juta di Facebook.

Mengikut rekod, pemain berusia 31 tahun itu mendapat perhatian ramai sejak kali pertama tiba di bumi Johor bersama Harimau Selatan.

Malah, dalam tempoh dua musim di JDT, Bergson sudah memecahkan dua rekod termasuklah penjaring terbanyak sepanjang zaman kelab dan juga penjaring terbanyak dalam satu musim di Liga Super.

Bekas pemain Fortaleza itu banyak berjasa kepada JDT apabila membantu pasukan muncul juara Liga Super buat kali ke-9 musim ini termasuk menjulang Piala FA.

sumber:- HM

Kini, khidmat pemain terbabit kembali ditagih untuk membantu JDT menjulang Piala Malaysia pada musim ini untuk melengkapkan koleksi trofi 2022.