sukan

S Kisona buat pemerhati badminton teruja

Peningkatan dipamerkan perseorangan wanita negara, S Kisona membuatkan pemerhati badminton ternanti-nanti aksi terakhirnya di Terbuka Australia minggu depan.

Malah Kisona sendiri juga tidak sabar beraksi di kejohanan terakhirnya musim ini selepas tiga kali berjaya mara ke suku akhir di Terbuka Switzerland, Masters Indonesia dan Terbuka Vietnam.

“Aksi pusingan pertama di Sydney saya akan berdepan Pornpawee Chochuwong (Thailand). Memang agak sukar juga tapi dengan peningkatan dipamerkan, kami perlu fikir bagaimana untuk memenangi perlawanan itu,” katanya.

Ujar Kisona, dia akan berbincang dengan jurulatih (James Chua) termasuk melihat kembali video permainannya pada aksi sebelum ini.

“Kami akan sentiasa mencari jalan bagaimana untuk mencatat kemenangan nanti,” katanya yang tumpas kepada Gao Fang Jie dari China di suku akhir Masters Indonesia bulan lalu.

Ditanya mengenai prestasinya di bawah James, pemain berusia 24 tahun itu berkata, ada perkara positif dan negatif namun dia lebih tumpu kepada perkara positif sahaja.

“Setakat ini ada positif dan negatif tapi saya hanya melihat perkara positif terutama yang membantu saya mara sehingga ke suku akhir sebelum ini selepas banyak kali terkandas di pusingan pertama.

“Kita lihat bagaimana untuk mencari kemenangan nanti terutama di Terbuka Australia yang juga aksi terakhir saya.

sumber:-HM

“Saya rasa aksi untuk tahun ini ada naik dan turun, ada yang bagus dan kurang bagus. Apa pun sehingga hujung tahun ini sekurang-kurangnya ada peningkatan sehingga berjaya mara ke suku akhir,” kata pemain kelahiran Negeri Sembilan itu.