sukan

Target Wooi Yik di Final Jelajah Dunia

Selepas melalui kempen mengecewakan di Terbuka Perancis, beregu utama negara, Soh Wooi Yik berharap dia serta gandingannya, Aaron Chia dapat bangkit pada Final Jelajah Dunia BWF di Guangzhou, China, bulan depan.

Malah mereka meletakkan sasaran mara sehingga ke separuh akhir di kejohanan berprestij itu yang menyaksikan hanya lapan beregu terbaik dunia layak beraksi.

Sebelum ini, beregu negara itu kandas di separuh akhir Terbuka Denmark serta kecundang di pusingan pertama Terbuka Perancis, dua kejohanan berturut-turut yang disertai mereka selepas melakar sejarah muncul juara dunia di Tokyo, Ogos lalu.

Selepas ini, kami ada satu lagi tugasan penting iaitu di Final Jelajah Dunia. Bermula dari sekarang sehingga bulan depan masih ada kira-kira sebulan untuk melakukan persediaan.

Ia adalah satu lagi kejohanan yang kami mahu membuktikan kemampuan diri selepas muncul juara dunia. Kami perlu bermula daripada kosong sekali lagi dalam usaha mencapai apa yang belum dicapai.

“Kami sasarkan untuk ke separuh akhir dahulu sebab Final Jelajah Dunia bukan kejohanan biasa. Saya lihat pada tahun ini banyak beregu hebat akan beraksi,” katanya.

Selepas berakhir kempen Final Jelajah Dunia, Wooi Yik-Aaron dijangka akan menjadi tumpuan di saingan Terbuka Malaysia yang kini berstatus Super 1000 dan dijadual berlangsung pada Januari tahun depan.

Ditanya sasarannya beraksi di halaman sendiri itu pula, Wooi Yik berkata, dia serta Aaron masih belum memikirkannya kerana fokus mereka ketika ini hanyalah di Final Jelajah Dunia.

sumber:- HM

Menurutnya, mereka harus dapatkan keputusan bagus di Final Jelajah Dunia terlebih dahulu.