sukan

Cukuplah sekadar dua kali

Pemain perseorangan wanita negara, S Kisona sudah bersedia untuk mengharungi Terbuka Australia di Sydney, minggu depan.

Bagaimanapun pemain yang berada di ranking ke-52 dunia itu dijadual berdepan laluan berliku apabila bakal bertemu pilihan ketiga kejohanan dari Thailand, Pornpawee Chochuwong yang juga pemain di ranking kelapan dunia.

Pert3mbungan ini bakal menjadi yang ketiga buat kedua-dua pemain ini dengan rekod kemenangan berpihak kepada Chochuwong yang sebelum ini menewaskan Kisona di Masters Thailand 2018 dan Remaja Jerman 2016.

Namun, rekod berkenaan sudah agak ‘usang’ untuk diambilkira, apatah lagi Kisona ketika ini dilihat semakin menunjukkan peningkatan prestasi selepas tiga kali berjaya mara ke suku akhir Masters Indonesia, Terbuka Vietnam dan Terbuka Switzerland musim ini.

Justeru, Kisona berkata, persiapan sudah dilakukan dengan sebaiknya bagi menghadapi saingan di Australia yang berstatus Jelajah Dunia Super 300 itu.

Aksi pusingan pertama di Sydney, saya akan berdepan Pornpawee Chochuwong. Memang agak sukar juga tetapi dengan peningkatan yang dipamerkan, kami perlu fikir bagaimana untuk memenangi perlawanan itu.

“Kami akan sentiasa mencari jalan bagaimana untuk mencatat kemenangan nanti,” katanya yang turut melakukan perbincangan dan melihat video corak permainannya sebelum ini bersama jurulatih, James Chua.

Pada aksi suku akhir Masters Indonesia bulan lalu, Kisona tewas di tangan pemain dari China, Gao Fang Jie dengan keputusan 4-21, 10-21 dalam tempoh 28 minit selepas turut mara di pentas sama di Terbuka Vietnam, sebelum tunduk kepada pemain tuan rumah, Tran Thi Phuong Thuy 19-21, 7-21.

Di Terbuka Switzerland, Mac lalu pula, Kisona tewas di tangan rakan senegara Chochuwong, Supanida Katethong 11-21-12-21 dalam tempoh 39 minit.

sumber:– BH

“Saya rasa aksi untuk tahun ini ada naik dan turun, ada yang bagus dan kurang bagus. Apapun sehingga hujung tahun ini sekurang-kurangnya ada peningkatan sehingga berjaya mara ke suku akhir,” katanya.