sukan

Kim Swee dedah punca hampir tewas

Pengendali Sabah FC, Datuk Ong Kim Swee mengakui bahawa ketiadaan beberapa tonggak utama merencatkan pasukan untuk memburu lebih banyak gol ketika men3ntang Kuching City FC (KCFC), semalam.

Malah, Kim Swee berkata barisan serangan yang tumpul menyebabkan perlawanan terpaksa diheret ke masa tambahan sebelum Sabah FC mengesahkan slot ke separuh akhir Piala Malaysia.

Katanya, kec3deraan pemain utama seperti Dominic Tan dan Rizal Ghazali menyebabkan mereka bergelut untuk meneruskan rentak seperti yang diperagakan pada babak pertama.

Sudah tentu situasi ini menukar banyak rentak permainan kita dan pemain yang masuk tidak dapat memastikan momentum sama.

Ini menjejaskan pergerakan kita apabila kita tidak dapat lakukan sepertimana yang sudah kita lakukan pada babak pertama.

“Kita berjaya bertahan dengan baik sekalipun diasak KCFC. Kesungguhan pemain membantu kita mendapatkan gol yang diperlukan dan kita berjaya hadapi tentangan KCFC,” katanya.

Pada aksi di Stadium Likas semalam, KCFC berjaya mengheret perlawanan ke masa tambahan selepas jaringan sendiri Ummareng Bacok pada minit ke-84 menjadikan agregat 1-1.

Namun Taiki Kagayama meledak gol kemenangan Sabah FC pada minit ke-94 untuk menghantar mereka ke separuh akhir Piala Malaysia berdepan Johor Darul Ta’zim (JDT).

Sementara itu, pengendali KCFC, Irfan Bakti Abu Salim memuji karakter ditunjukkan anak buahnya sekalipun bertandang ke Likas dengan ketinggalan satu gol.

sumber:- HM

“Kita beraksi 120 minit dan saya harus memuji pemain. Saya harap mereka bangkit untuk musim mendatang,” katanya.