sukan

Komen Bidoglio kemenangan besar ke atas Kelantan

PENGENDALI Johor Darul Ta’zim (JDT), Hector Bidoglio nyata berpuas hati dengan aksi yang ditampilkan anak buahnya pada aksi suku akhir kedua menentang Kelantan pada Jumaat.

Menurut Bidoglio, beliau yakin anak buahnya kini sudah bersedia untuk perlawanan separuh akhir, namun perlu memperbaiki beberapa perkara sebelum aksi tersebut.

“Sejak dari awal permainan, saya sudah mengarahkan mereka untuk terus melakukan tekanan dan dapatkan gol yang banyak. Saya gembira kerana ada beberapa pemain senior yang pandai merencanakan rentak bagi memastikan kemenangan kepada kami.

“Bagaimanapun, terdapat perbezaan dalam corak permainan apabila kami cuba bermain dengan laju dan apabila kami bermain dengan tergesa-gesa.

“Pemain lebih berfikir ketika bermain secara laju dan menunjukkan semangat yang baik dengan gerakan bola dan tekanan yang tinggi,” katanya.

Pada aksi tersebut, Bergson Da Silva tampil dengan aksi menakjubkan selepas mencipta hatrik pada minit ke-10 disusuli pada minit ke-34 dan minit ke-37.

Selain Bergson, tonggak pertahanan JDT, Syahmi Safari turut mencetak gol pada minit ke-40 diikuti Nazmi Faiz Mansor pada minit 44 untuk melengkap kemenangan bergaya skuad Harimau Selatan.

Dalam pada itu, pengendali Kelantan FC, Rezal Zambery mendedahkan punca pasukannya dibelasah JDT adalah disebabkan ketiadaan beberapa pemain utama.

Katanya, beberapa pemain yang diturunkan pada aksi tersebut masih baru dan gagal untuk menyaingi pemain berpengalaman JDT.

“Saya rasa bukan disebabkan masalah kecergasan, tetapi kami kehilangan beberapa pemain utama pada perlawanan itu.

sumber:-HM

“Pemain-pemain yang diturunkan ini rata-rata pemain yang kurang mempunyai minit permainan dan gagal untuk menyaingi pemain berpengalaman JDT. Itu antara sebab kami kalah dengan gol yang besar,” ujarnya.