sukan

Sabah melayakkan diri ke separuh akhir

Sabah FC mara ke separuh akhir Piala Malaysia selepas menewaskan Kuching City FC dengan agregat 2-1 dalam aksi suku akhir kedua di Stadium Likas, sebentar tadi.

Dalam aksi sengit itu, Kuching City mengejutkan tuan rumah pada minit ke-84 menerusi jaringan sendiri pemain Sabah, Ummareng Bachok sekali gus mengikat agregat 1-1 dan memaksa perlawanan diheret ke tambahan masa.

Sabah FC bangkit dengan asakan lebih garang dan berjaya mendahului perlawanan menerusi tandukan cantik Taiki Kagayama minit ke-94.

sumber:-HM

Kuching City enggan mengalah dengan melancarkan s3rangan bertali arus untuk mencari gol penyamaan namun pemain mereka terlepas dua peluang terbaik pada lewat permainan sekali gus kedudukan agregat kekal 2-1 bagi membolehkan Sabah FC mara ke separuh akhir menentang Johor Darul Ta’zim (JDT), Selasa depan.