sukan

Jangan risau masih ada ‘pintu belakang’

Pertembungan Sabah FC men3ntang Johor Darul Ta’zim (JDT) bagi separuh akhir pertama Piala Malaysia sepatutnya menjadi aksi yang mengujakan kerana ia menampilkan pert3mpuran antara pasukan ketiga liga dan juara liga.

Di atas kertas, memang pertembungan ‘Titanic’ yang diharapkan, namun meninjau kepada prestasi kedua-dua pasukan khususnya dalam kempen Piala Malaysia, situasi menceritakan sebaliknya apabila ia ibarat gergasi menentang si kerdil.

Sabah yang dilihat bernasib baik kerana berdepan dua pasukan Liga Perdana iaitu UiTM FC dan Kuching City FC bergelut dan sekalipun mengesahkan kemaraan ke separuh akhir, aksi mereka belum lagi berada pada tahap meyakinkan.

Mereka menjaringkan lima gol, namun bahagian pertahanan agak merisaukan kerana melepaskan tiga gol menentang pasukan yang beraksi dalam divisyen lebih rendah – sesuatu yang perlu diberi perhatian oleh Datuk Ong Kim Swee menjelang aksi di Likas malam ini.

Mana tidaknya, mengambil kira rekod JDT yang mencatat rekod ‘dahsyat’ pada kempen kali ini selepas melakar agregat suku akhir terbesar sejak 2009 apabila membelasah dan menyingkirkan Kelantan FC 8-0.

Ditambah dengan agregat 6-0 ke atas PJ City FC pada pusingan 16 terbaik, ini menjadikan skuad Harimau Selatan sudah mencetak 14 gol dan lebih menakjubkan, gawang mereka masih kebal tanpa dibolosi sebarang gol.

Fakta sebegini yang menjadikan skuad bimbingan Hector Bidoglio itu menjadi pilihan pada aksi separuh akhir ini dan rekod dua pertembungan dalam Liga Super juga memihak kepada JDT menerusi dua kemenangan.

Bukan mahu menidakkan kemampuan skuad Badak, namun berdasarkan prestasi semasa ketika ini secara tidak langsung menjadi ukuran betapa anak buah Kim Swee tidak mampu menjadi lawan yang setara dengan JDT.

Mahu ataupun tidak, Sabah FC perlu tampil menjadi ‘Badak Sebenar’ untuk menyajikan saingan yang betul-betul tulen kepada JDT jika tidak mahu menerima nasib sama seperti PJ City FC dan Kelantan FC.

Apa yang penting adalah persembahan pada hari perlawanan kerana hanya itu menentukan bagaimana nasib mereka dan bukannya aksi yang sudahpun berlangsung beberapa hari lalu ataupun beberapa minggu lalu.

sumber:- BH

Harus diingat, Sabah FC perlu memenangi Piala Malaysia jika mahu beraksi di pentas Piala AFC musim depan, namun jika keadaan tidak berpihak kepada mereka, jangan risau kerana mungkin masih ada ‘pintu belakang’.