sukan

Reaksi Cheng Hoe kemelut yang melanda TFC dan Nafuzi

Kemelut yang sedang melanda Terengganu FC (TFC) membabitkan pengendalinya, Nafuzi Zain dan barisan pengurusan sama sekali tidak akan membuatkan pasukan itu ‘hilang kuasa’ menjelang separuh akhir pertama Piala Malaysia, malam esok.

Justeru, jurulatih Selangor FC, Tan Cheng Hoe mengakui situasi itu tidak memberikan kelebihan buat anak buahnya bagi aksi di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) dengan tumpuan seharusnya diberikan kepada persiapan pasukan sendiri.

“Saya tidak anggap itu satu kelebihan kerana apa yang penting adalah pemain tahu tugasan mereka yang cukup penting bagi aksi separuh akhir ini. Sudah tentu pemain juga mahu layak bermain di pentas final.

“Itu adalah pentas dengan atmosfera yang terbaik iaitu di final,” katanya.Dalam masa sama, bekas pengendali skuad kebangsaan itu turut mengakui pertembungan itu menjanjikan aksi yang sukar buat anak buahnya apatah lagi skuad Penyu berada dalam momentum yang sulit untuk dihentikan.

“Mereka berada di landasan terbaik kerana dalam 13 atau 14 perlawanan sebelum ini, mereka hanya tewas di tangan Johor Darul Ta’zim (JDT) pada pentas final Piala FA manakala semuanya dimenangi mereka.

“Kita perlu pastikan pemain sudah bersedia kerana TFC memiliki keserasian yang begitu baik selain jentera s3rangan yang kemas serta pertahanan yang mantap.

sumber:- BH

“Jadi kita perlu fokus bagaimana untuk menangani situasi bagi menentang TFC nanti,” katanya.