Kemenangan tipis 1-0 belum selamat buat Johor Darul Ta’zim (JDT) apabila melayan Sabah FC di Stadium Sultan Ibrahim dalam aksi separuh akhir kedua Piala Malaysia, Ahad ini.
Pengendali JDT, Hector Bidoglio mengakui Sabah cukup bahaya terutama menerusi serangan balas yang dilihatnya mampu memerangkap pasukan jika diambil mudah pada aksi kedua nanti.
Justeru, beliau mahu menggunakan kesempatan dalam tempoh latihan selama tiga atau empat hari ini bagi meningkatkan lagi permainan anak buahnya.
“Ia memang sengit (separuh akhir pertama) kerana ini adalah separuh akhir, dan baki 90 minit akan beri peluang apabila JDT main di tempat sendiri, dan ia perlawanan sukar.
“Kami perlu tingkatkan permainan untuk perlawanan akan datang,” katanya selepas melihat JDT meraih kemenangan 1-0 di Stadium Likas, malam tadi.
Dalam aksi separuh akhir pertama itu, jaringan tunggal Arif Aiman Hanapi di minit ke-34 sudah cukup memberi kelebihan tipis buat juara Liga Super sembilan kali berturut-turut itu.
Bidoglio menjangkakan tentangan lebih sengit bakal diberikan skuad kendalian Datuk Ong Kim Swee selepas ini.
“Sentiasa kami perlu perkemaskan. Sabah beri tentangan sengit, serangan balas mereka cukup bahaya.
“Pada perlawanan malam ini (malam tadi), pemain sentiasa ingin bermain dan menggerakkan bola dari satu sudut ke satu sudut yang lain dan sentiasa beri komitmen.
sumber : HM
“Jaringan 1-0 sudah memadai ketika JDT banyak mencipta gerakan dan ini adalah separuh akhir dengan semua pesaing cukup kuat dan mahu beri yang terbaik,” katanya.