sukan

Malaysia mungkin boleh layak

Pemain skuad kebangsaan menaruh keyakinan bahawa hasrat untuk membawa Harimau Malaya beraksi di pusingan akhir Piala Dunia pada satu hari nanti bukan misi mustahil.

Tonggak pertahanan skuad negara, Ahmad Khuzaimi Piee menjelaskan bahawa seandainya rezeki memihak kepada Harimau Malaya, tidak mustahil empat tahun lagi Malaysia akan layak ke Piala Dunia.

Justeru, bintang Negeri Sembilan itu berkata, semua pemain yang dipanggil menyertai skuad kebangsaan harus memberi komitmen tinggi untuk membantu Harimau Malaya mencipta pencapaian yang lebih baik.

Bagi saya rezeki kita tak boleh nak jangka, mungkin empat tahun akan datang nanti Malaysia layak ke Piala Dunia, kita tak tahu.

“Saya harap komitmen pemain yang akan dipanggil untuk mewakili negara dapat membantu dan mencipta sesuatu untuk negara serta di mata peminat Malaysia,” katanya selepas majlis pelancaran jersi baharu Harimau Malaya edisi 2022-2024 di Football Republic Sunway Pyramid, hari ini.

Pertahanan kiri, V Ruventhiran turut percaya bahawa Harimau Malaya akan beraksi di Piala Dunia tidak lama lagi.

“Tak jauh lagi, sudah dekat dah… Kami percaya kepada jurulatih, kami pasti akan buat negara bangga satu hari nanti,” katanya.

Sementara itu, penjaga gol Harimau Malaya, Ahmad Syihan Hazmi Mohamed turut senada dengan Khuzaimi sambil menjelaskan barisan pemain yang mewakili negara akan memberikan yang terbaik untuk menaikkan nama Malaysia.

sumber:- BH

“Macam Khuzaimi cakap, rezeki itu kita tak tahu. Depan hari, mana la tahu kita layak ke Piala Dunia, Insya-Allah. Tapi sebagai pemain, kami akan buat sehabis baik untuk bawa nama negara Malaysia ke peringkat dunia,” katanya.