sukan

Keputusan Separuh Akhir Terbuka Australia

BEREGU lelaki profesional negara, Teo Ee Yi-Ong Yew Sin meneruskan momentum kemenangan apabila mengesahkan slot final Terbuka Australia pada Sabtu.

Selangkah bergelar juara pasangan nombor lapan dunia itu akan men3ntang gandingan China, Liu Yu Chen-Ou Xuan Yi bagi perebutan gelaran juara pada Ahad.

Ee Yi-Yew Sin mara ke perlawanan akhir selepas menewaskan beregu China, He Ji Ting-Zhou Hao Dong 14-21, 21-17, 21-18 pada aksi separuh akhir di Pusat Sukan Sydney.

Tewas pada set pertama 14-21, pasangan negara bangkit meraih kemenangan pada set berikutnya 21-17, 21-18 untuk menempah aksi di final.

Ia adalah pentas final pertama buat Ee Yi-Yew Sin yang merupakan pemenang pingat gangsa Kejohanan Dunia 2021 dalam siri Jelajah Dunia BWF tahun ini.

Dalam pada itu nasib berbeza buat pemain perseorangan lelaki, Ng Tze Yong apabila langkahnya ke perlawanan akhir tersekat.

sumber:- SH

Pemain di ranking ke-33 dunia itu ditundukkan pemain China, Lu Guang Zu 18-21, 15-21 yang menghuni ranking ke-19 dunia.