sukan

Sabah laung amaran awal

Sabah akan bermain mat!-mat!an untuk mencipta kejutan menyingkirkan Johor Darul Ta’zim (JDT) daripada saingan Piala Malaysia musim ini.

Kedua-dua pasukan itu akan bertarung dalam aksi separuh akhir kedua di Stadium Sultan Ibrahim, malam esok, dengan JDT memiliki bekalan satu gol hasil kemenangan 1-0 pada perlawanan pertama, Selasa lalu.

Penjaga gol Sabah, Damien Lim berharap pasukannya mampu memberikan segala-galanya dalam perlawanan getir itu walaupun terpaksa menghitung nasib di gelanggang keramat Harimau Selatan.

Harap di Stadium Sultan Ibrahim, kami mampu berjuang habis-habisan selepas berjaya memperaga semangat yang luar biasa semasa bermain di tempat sendiri.

“Kami berjaya mengikut segala taktikal yang diterapkan jurulatih dan sememangnya kami berpuas hati kerana hadirkan tentangan kepada lawan sehebat JDT,” katanya.

Damien membantu Sabah daripada mengalami kekalahan lebih besar pada aksi pertama terutama apabila berjaya menyelamatkan sepakan penalti Bergson Da Silva pada minit ke-58.

Skuad Badak mengharapkan dapat melangkah ke final Piala Malaysia bagi meneruskan perjuangan merebut tiket ke Piala AFC musim depan.

Pengendali Sabah, Datuk Ong Kim Swee sebelum ini juga menegaskan bahawa pasukannya masih belum menyerah kalah dan akan cuba bangkit pada aksi separuh akhir kedua.

sumber:- BH

“Paling penting sekarang ini untuk kami kembali fokus kepada 90 minit perlawanan (aksi kedua). Ketinggalan 1-0 bukan satu jarak yang jauh untuk kami kembali (bangkit) dan 90 atau 120 minit di Johor apa sahaja boleh berlaku,” kata Kim Swee.