sukan

Penyokong dapat hidu punca kegagalan sepakan penalti Safawi

Majlis pernikahan pemain Johor Darul Ta’zim (JDT), Safawi Rasid dan pempengaruh Syifa Melvin dikhabarkan sudah semakin hampir.

Berita gembira itu juga dikatakan sudah mula dihidu penyokong JDT apabila pemain berusia 25 tahun itu dikejutkan dengan nyanyian lagu Selamat Pengantin Baru di Stadium Sultan Ibrahim, Johor Bahru, kelmarin.

Menerusi video yang dikongsi seorang pengguna TikTok, Safawi yang berada di tepi padang selepas tamat perlawanan separuh akhir kedua Piala Malaysia 2022 di antara pasukan JDT dan Sabah FC dikejutkan dengan nyanyian lagu terbabit.

Pada video berdurasi 20 saat yang dikongsikan, Safawi dilihat mengangkat tangan seperti mengucapkan terima kasih kepada penyokongnya sekali gus membuatkan seluruh stadium bergema dengan lagu nyanyian asal penyanyi Wann itu.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata pengikut teruja apabila Safawi bakal menamatkan zaman bujangnya.

Tidak kurang juga ramai yang ‘memerli’ pemain sayap itu sudah hilang fokus kerana memikirkan hal perkahwinan selepas gagal menambah jaringan apabila diberikan peluang mencetak gol menerusi sepakan penalti, namun, ia disia-siakan selepas bola melambung tinggi melewati palang gol.

sumber : HM

Terdahulu, kisah percintaan Safawi dan Syifa menjadi bualan orang ramai, namun tiada sebarang pengesahan rasmi daripada kedua-dua belah pihak yang mengatakan mereka menjalin hubungan istimewa.