sukan

Beberapa tonggak utama tidak disenaraikan Pan Gon

Skuad Harimau Malaya bakal tampil di Piala AFF, hujung bulan depan dengan ‘skuad tempang’ apabila seramai lapan tonggak utama daripada 12 pemain tidak dapat disenaraikan kali ini.

Menerusi kenyataan media dikeluarkan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), lapan pemain utama daripada Johor Darul Ta’zim (JDT) iaitu Arif Aiman Hanapi, Shahrul Saad, Corbin Ong, Nazmi Faiz Mansor, Akhyar Rashid, Matthew Davies dan Syafiq Ahmad tidak akan bersama skuad Kim Pan-gon yang sebelum ini sering diletakkan dalam kesebelasan utama pasukan kebangsaan.

Manakala baki empat lagi tonggak dengan tiga adalah tonggak JDT serta seorang pemain tengah Sri Pahang, Nor Azam Abdul Azih turut terpaksa diketepikan Pan-gon.

Bagaimanapun, 29 pemain lain termasuk dua wakil pemain dari JDT iaitu Safawi Rasid dan Ramadhan Saifullah akan menyertai pasukan bersama-sama Brendan Gan (Selangor FC), Ahmad Syihan Hazmi (Negeri Sembilan), Dion Cools (FK Jablonec) dan beberapa tonggak utama lain serta muka baru yang dipanggil kali ini.

Bagaimanapun, selepas perbincangan dan persetujuan bersama yang dicapai di antara FAM, Pan Gon dan kelab terbabit, 12 pemain berikut tidak dapat menyertai kem latihan atas alasan urusan peribadi, komitmen keluarga atau masalah kece3eraan.

“Ia berdasarkan Peraturan Status Perpindahan Pemain Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA); Lampiran 1: Bahagian Pelepasan Pemain Kepada Pasukan Kebangsaan Perkara 6 yang menyatakan kelab tidak diwajibkan untuk melepaskan pemain di luar jendela antarabangsa atau pertandingan dan tidak wajib melepaskan pemain sama untuk lebih dari satu perlawanan akhir pasukan wakil “A” setiap tahun di mana pengecualian kepada peraturan ini boleh ditetapkan oleh Majlis FIFA bagi Piala Konfederasi FIFA sahaja.

Sebagai menghormati Peraturan FIFA, 12 pemain itu tidak akan disenaraikan dalam skuad Harimau Malaya ke Piala AFF 2022.

“Berdasarkan situasi itu, baki 29 pemain lain akan menyertai kem latihan pusat bermula 29 November ini dan pemain yang beraksi pada final Piala Malaysia pada 26 November akan diberi kebenaran untuk melapor diri lewat iaitu pada 5 Disember ini,” menurut kenyataan itu.

Mengikut perancangan, skuad Harimau Malaya akan mengharungi dua aksi persahabatan antarabangsa men3ntang Kemboja dan Maldives pada 9 dan 14 Disember ini, sebagai persediaan ke Piala AFF.

Di saingan serantau itu nanti, Malaysia diletakkan dalam Kumpulan B bersama Myanmar, Laos, Vietnam dan Singapura, dengan aksi pertama dijadual bertandang ke Yangon bertemu Myanmar pada 21 Disember ini.

sumber:- HM

Ia disusuli aksi menentang Laos di Stadium Nasional Bukit Jalil (24 Disember) diikuti Vietnam (di Hanoi pada 27 Disember) dan aksi terakhir kumpulan berdepan Singapura ( Stadium Nasional Bukit Jalil 3 Januari).