sukan

Seorang lagi Pemain sah akan tinggalkan TFC

Striker import Terengganu FC, Kpah Sherman, mengesahkan bahawa dia akan meninggalkan Terengganu FC tetapi akan kekal di pantai timur negara bersama satu pasukan lain musim depan.

Jelasnya, dia akan bersama pasukan yang dibimbing oleh kombinasi dua jurulatih dengan nama besar di tanah air.

Dalam satu temu bual bersama wartawan Nadi Arena, Fina Nasrom, dia berkata: Saya sudahpun mendapat tawaran dan sudah menandatanganinya.

Ia sebuah kelab yang amat saya hormati dan sentiasa mahu menyertainya, jadi saya gembira dan yakin mampu membuktikan sesuatu bersama kelab itu.

sumber:- SA

“Mereka juga memiliki ramai pemain yang baik dan apa yang penting, saya akan kekal di pantai timur,” katanya.